dlu layan citer cinta buat emelda....
sekarang layan citer seindah sakura plak....huhuhu
tiap hari isnin-khamis jm 7 petang dah tercongguk depan tv....hihihi
tentang seindah sakura:
.
.
.
Untuk pengetahuan semua Drama Seindah Sakura adalah adaptasi dari novel yang dicipta oleh Liza Zahira.
Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy dan menjalani pengambaran
sekitar Kuantan, Pahang dan Kota Paris.Drama terbitan Temenggong Pictures ini menampilkan barisan
pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan
Yusof, Eryna, Fimie Don dan Mak Mah serta pelakon-pelakon hebat yang
lain.
sinopsis citer:
seindah Sakura
mengisahkan Shakira seoarang pelajar yang sering disalah erti oleh
gurunya (Cikgu Airil) sebagai seorang pelajar yang bermasalah . Tetapi
kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan
rasa kesal di hati Airil disebabkan sikap buruk sangkanya selama ini
pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira
tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.
Ibu Shakira, Rosmah, yang telah lama
menghilangkan diri muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana
membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Disebabkan Rumah buruknya hangus
dalam kebakaran, Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid
walaupun tahu anak datuk iaitu Anida membencinya,
Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap
Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya
pada Shakira. Disebabkan cemburu dengan kemesraan antara Airil dgn
Shakira, lalu Anida membuat fitnah untuk menimbulkan perasaan benci di
hati Airil terhadap Shakira.
Ketegasan Airil telah mencampakkan
Shakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi
fitnah telah membuat Airil percaya Shakira terlalu bebas pergaulannya,
hingga sanggup menggoda Airil. Kerana Kecewa Airil mengambil keputusan
untuk ke luar Negara.
Dengan ihsan Datuk Walid, Shakira
berjaya meneruskan pelajaran dan mengambil SPM. Dia cuba lari dari
kongkongan Datuk Walid bila merasakan pandangan dan perhatian Datuk
Walid kelihatan lain macam terhadapnya. Tapi alasan Datuk Walid untuk
membawa pulang ibunya yang HIV positif untuk dirawat secara rapi di
rumah, Shakira sekali lagi terperangkap. Ibunya semakin sihat walaupun
tidak akan sembuh sepenuhnya. Tawaran ke UIA telah membuat Datuk Walid
melamarnya dan berjanji akan menanggung pengajiannya hingga ke peringkat
tertinggi.
Shakira ingin menolak tapi ibunya melihat
itu sebagai peluang untuknya memajukan diri dan keluar dari kancah
kemiskinan yang membelenggu Shakira sejak lahir. Shakira cuba lari dari
kemelut itu, tetapi padah yang datang bila seluruh wang simpanannya
ditipu sepasang suami isteri yang kononnya mahu membantu dan kemudian
dia juga hampir-hampir dilacurkan. Semua itu berlaku dalm tempoh kurang 2
hari. Malang betul nasibnya. Lalu terpaksalah dia kembali semula ke
rumah mewah Datuk Walid. Dia akhirnya bersetuju berkahwin dgn Datuk
Walid tetapi meletakkan 2 syarat agar dia tidak sentuh selagi belum
tamat pengajian dan dia akan terus memanggil Datuk Walid dengan
panggilan ‘pakcik’ seperti biasa. Datuk Walid bersetuju dgn
syarat-syarat tersebut, lalu dapatlah dia berbini baru yang baginya
seiras dengan arwah isteri pertamanya dulu.
Selepas 4 tahun ijazah, Shakira sambung
lagi dua tahun dan dalam tempoh itu dia rapat dengan Putera Haziq yang
amat menyintai dia, siap curi-curi ke rumah Shakira dan melamar Shakira
melalui Datuk Walid yang disangka ayah kepada Shakira. Sebenarnya masa
itu Datuk Walid sedang menguruskan urusan penceraian mereka, mungkin
sebab rasa bersalah kerana Anida menjadi punca ibu Shakira meninggal
dunia. Sebenarnya Datuk Walid ini ada agenda yang baik dan positif untuk
Shakira. – Berdasarkan kisah novel Seindah Sakura...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan