1. Kerana Hartanya
Maafkan aku jika aku miskin dari harta benda. Maafkan aku jika kehidupan ku sederhana. Ibu bapaku tidak pernah memanjakan ku dengan wang ringgit. Hanya doa dan kasih sayang mereka yg membuatkan hidupku sempurna.
2. Kerana Kecantikannya
Maafkan aku jika rupaku tak seelok. Tak seindah wanita lain yg kau lihat. Yang mungkin mampu membuat hatimu terpikat. Apa yang Allah beri,itulah aku.. Bagaimana Allah menciptakanku,itulah kesyukuranku..
3. Kerana Keturunannya
Maafkan aku jika aku orang biasa. Tiada darah istimewa yg mengalir dalam tubuhku ini. Tiada pangkat dan darjat yg dapat ku wariskan untuk anak cucuku. Tiada apa yang dapat menjanjikan tempatku disisi tuhanku.. Kecuali amal dan imanku....
4. Kerana Agamanya
Maafkan aku jika diri ini dipenuhi dosa.. Maafkan aku jika cinta ini membuatkan aku terleka.. Maafkan segala khilafku.. Sungguh aku ini tidak sempurna.. Kerana itu tiap saat aku mengharapkan rahmatNya untuk cinta ini...
......amin.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan