Setiap hari isnin hingga hari khamis selepas balik dari tempat kerja, aku mesti menghadap tv untuk mengikuti citer ini. BEst citer nya........apa tak lagi ada mia sara yang comil miut tu......suka tgo dia berlakon kat situ....
Sinopsis Cinta Buat Emelda
Drama Cinta Buat Emelda arahan Abang Bob Hashim memaparkan cerita yang
penuh dengan konflik keluarga, cinta, persahabatan dan yang paling
penting penuh dengan emosi. Drama bersiri 24 episod terbitan MIG
Production Sdn Bhd, akan mula bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai
26 Mac 2012 jam 7 malam.
Drama ni membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya Almy Nadia, Rabecca
Nur Al-Islam, Erry Putra, Fizo Omar, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran
Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal
Faridz, Uncle Amin termasuklah pelakon cilik yang kecik dan comel, Mia
Sara Nasuha dan Rykal Iskandar.
Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda dari Novel
Emelda
sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan
untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang
datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan
dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat
derita yang ditanggung oleh si kakak.
Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam
sendiri! “Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah
istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika
gelombang yang tiada taranya.” Lantas hati kecil Emelda bertanya,
“Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun
ini?” Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan
kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang,
berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”
Update:
Diadaptasi daripada novel Kasih Antara Kita, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania, anak kakaknya, Emira.
Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik
lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril
Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika
Dania.
Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil
teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya
Emira yang meninggal dunia akibat kanser.
Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda,
dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak
tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas
Dania daripadanya.
Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah
Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat
sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil
keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan
nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah, demi Dania, dia tetap
mencuba sedaya upaya yang boleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan