Khamis, 27 Jun 2013

=== Doa Mohon Cinta Allah ===

 
 
 
 

Doaku:
 
"Wahai ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepadaMU akan cintaMU dan cinta orang-orang yang mencintaiMU, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cintaMU.  Wahai ALLAH, jadikanlah cintaMU lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air yang sejuk."
 
 
....Amin....








Rabu, 26 Jun 2013

~~Syura Masterchef Selebriti Malaysia musim ke-2~~


 
Tahniah buat syura krn brjaya dinobatkan sebagai juara musim kedua program MasterChef Selebriti Malaysia.
 
 
Syura berjaya mengumpul RM60,500 kepada Breast Cancer Wellfare Association
 
 
 
Antara hidangan syura yg menarik hati juri adalah:
 
hidangan pembuka selera syura 
 

 
hidangan utama syura
 
 
 
hidangan pemanis mulut syura
 


@__Doa buat Ibu__@

 
 
Doa buat ibu ku.....Nulmas Binti Intah
 
Nukilan buat ibuku.....
 
Tidak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu,
Tidak ada tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu,
Tak ada bunga yang lebih cantik selain senyummu,
Tak ada jalan yang begitu berbunga-bunga seperti yang dicetak dengan langkah kakimu.
Kau adalah alasan kenapa aku ada.

Keajaiban dalam hidup, adalah terlahir dari rahimmu.
Seorang wanita yang telah memberi kami cinta dan pengorbanan.
Aku Ingin mengambil satu kesempatan di hari ini, untuk mengucapkan terima kasih atas semua yang telah kau lakukan untuk hidupku,
terima kasih mak....buat segalanya...

Bila merasa sendirian di tengah keramaian..
Bila berfikir siapa orang No.1 yang mengerti diriku..
Ketika cinta ditolak oleh orang lain..
Dan ketika benci hidup sendiri..
Pejamkan mata dan lihatlah wajahnya yang mencintaimu lebih dari yang lainnya
Yang selalu peduli dalam kesepian,
Dan menderita ketika mengetahui kamu menangis
Dia adalah ibuku..
Cintailah dia hari ini dan selalu..

Ibu kau telah melihat aku tertawa
Kau juga pernah melihat aku menangis
Dan kau selalu ada di sana bersamaku
Aku mungkin tidak selalu mengatakan hal ini
Tapi terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu.....





 


Isnin, 24 Jun 2013

~~sebenarnya saya isteri dia~~

 
 
 
tiap2 malam jumaat selepas berita tv3 jam 9.00 saya akan menonton crita ne...pd mulanya tidak mngambil kisah pn crita ne tpi bila adik tonton crita ne nd bgtu jalan crita  sebenarnya saya isteri dia ne best nd kelakar,.tak semena-mana saya pn ikut nd menonton....bila ja tengok citer ne saya
tak terlepas menonton stiap malam jumaat....rupa2nya citer ne diambil dari sebuah novel...emmm
patutla citer ne best....^_^
 
di sini saya nak kongsi sinposis sebenarnya saya isteri dia....
 


SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA! mengisahkan tentang sebuah perkahwinan tanpa rela antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Syaf (Syafa Aqira) merupakan yatim piatu yang kehilangan ibu bapa dalam kemalangan. Dia mengenali Farish Adryan abang kepada Firash, di zaman universitinya dan menyulam cinta selama beberapa tahun namun akhirnya terputus di tengah jalan angkara hati manusia yang jahil dalam agama. Dia diperangkap tanpa sengaja dan menjadi mangsa keadaan. Dia ditangkap dalam peristiwa hitam yang memusnahkan impian perkahwinannya bersama Farish! Tanpa rela, dia terpaksa menerima permintaan ibu kepada Firash dan Farish yang meminta Syaf untuk berkahwin dengan anak bongsunya, Firash yang ditangkap bersamanya bagi menjaga maruah keduanya dan untuk kebaikan bersama.

Farish yang kecewa akhirnya meningal dunia dalam kemalangan jalan raya pada hari pernikahan Syaf dan Firash. Syaf tidak dibenarkan menghadiri pengebumian Farish kerana Firash tidak ingin sesiapa pun tahu mengenai perkahwinan mereka. Selepas itu, bermula lah kehidupan Syaf bersama lelaki yang tidak dicintainya. Saban hari berlaku pertengkaran antara mereka. Walaupun tidak tinggal serumah kerana Farish masih menuntut di sebuah universiti, tetapi mereka selalu terserempak di mana-mana.Takdir!Apatah lagi,Datin Farizah, ibu Farish selalu sahaja merancang agendanya tersendiri untuk melihat kebahagiaan ank dan menantunya. Syaf juga sudah di anggap seperti anaknya sendiri sebelum menjadi menantunya lagi.

Firash!nama itu selalu saja cuba menyakiti hati Syaf. Ada saja yang tidak kena di matanya. Perangainya yang tidak matang dan kebudak budakan kerana usia nya baru mencecah 21 tahun. Manakala Syaf 4 tahun lebih tua dari itu. Walaupun pada zahirnya Firash berperangai sedemikian, selalu sahaja dia tersenyum sendiri mengingatkan Syaf yang kelam kabut itu! sengaja dia menakut nakutkan Syaf sehingga wanita itu gerun.Tanpa sedar, ada rasa mula bercambah dalam diri Firash. Tapi dia tidak pernah meluahkan. Kehadiran Haqimy, abg sepupunya yg juga rakan baik Syaf ketika di sekolah menengah mengundang cemburu Firash. Ada2 saja gelagatnya.

Suatu hari,Syaf ditukarkan tempat kerja ke Kerteh, Terengganu. Dalam waktu yang sama, Haqimy merupakan Pengurus disitu. Sudah takdir, Firash ketika itu ditakdirkan menjalani latihan praktikal di tempat yg sama!bertambahlah cemburunya melihat kemesraan isterinya bersama abg sepupu yg tidak pernah disukainya itu,walaupun antara Syaf dan Haqimy hanya didasari atas perhubungan antara sahabat.Namun, di sini juga perlahan-lahan Firash belajar menghargai kehadiran Syaf dan berlaku pelbagai peristiwa yang lucu antara mereka. Kerasnya hati Firash hanya pada luaran. Dalam diam dia amat menjaga Syaf..

Namun kebahagian  mereka tidak lama apabila munculnya Raina yg menjadi dalang peristiwa hitam antara Syaf dan Firash satu ketika dulu. Raina masih tidak berputus asa untuk memiliki Firash. Satu peristiwa berlaku dan menghancur luluh kn cinta Syaf yg baru sahaja bercambah buat Firash. Syaf akhirnya membawa diri dan meninggalkan Firash. Firash yang menyesal berusaha mencari Syaf dan berusaha sesungguh hatinya agar Syaf menerimanya kembali.......