Jumaat, 6 September 2013

hati selalu mengingatiNYA (^__^)

 
 
Apabila manusia berasakan ALLAH SWT begitu dekat dengannya walaupun dibebani dengan masalah,..mereka akan segera mendapatkan ketenangan dengan membaca al-quran, berzikir, bersolat dan melihat keindahan alam ciptaan ALLAH SWT...inilah ubat ketenangan...


ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati ALLAH SWT. Ingatlah (bahawa) dengan mengingati ALLAH SWT itu,..tenteramlah segala hatinya.
~~(Surah al-Ra'd ayat 28)~~

Jumaat, 30 Ogos 2013

musabah diri



Wahai Manusia,
tidak salah mengerja harta dunia,
namun ingatlah....
hanya setitis air dilautan itu dunia
selebihnya ialah alam selepas mati!

Bukalah mata dan pintu hati,
lihatlah insan di sekeliling anda
yang dipanggil 'pergi' oleh-Nya, dan
tanya pada diri..."Adakah giliran aku selepas ini"?

..........................................................

Allah berfirman dengan maksud:
"Tiadakah engkau perhatikan orang yang keluar dari rumahnya, beribu-ribu banyaknya, kerana takut mati, kemudian Allah mengatakan kepada mereka "Matilah". Kemudian mereka itu dihidupkan kembali. sesungguhnya Allah itu Pemurah terhadap manusia, tetapi kebanyakkan manusia tidak berterima kasih"
-Surah al-Baqarah, ayat 243-

Khamis, 1 Ogos 2013

HAtiku

 
 
 

Allah berikan manusia sekeping 'HATI'..
Hebatnya hati boleh berbicara tanpa suara..
Hebatnya hati mampu menangis tanpa air mata..

Tapi jangan lupa,hebatnya hati juga boleh menghancurkan iman kita..Lemahnya hati dengan bisikan suara nafsu d...unia..

Jadi jagalah hati kita sebaiknya..
Supaya kita termasuk dalam golongan orang yang mendapat redhaNya..

Bahagianya 'hati' bila meletakkan Allah paling utama.

 


Khamis, 25 Julai 2013

Cintailah Aku Kerana Allah ^_^

 

 
1. Kerana Hartanya

Maafkan aku jika aku miskin dari harta benda. Maafkan aku jika kehidupan ku sederhana. Ibu bapaku tidak pernah memanjakan ku dengan wang ringgit. Hanya doa dan kasih sayang mereka yg membuatkan hidupku sempurna.




2. Kerana Kecantikannya

Maafkan aku jika rupaku tak seelok. Tak seindah wanita lain yg kau lihat. Yang mungkin mampu membuat hatimu terpikat. Apa yang Allah beri,itulah aku.. Bagaimana Allah menciptakanku,itulah kesyukuranku..


3. Kerana Keturunannya
Maafkan aku jika aku orang biasa. Tiada darah istimewa yg mengalir dalam tubuhku ini. Tiada pangkat dan darjat yg dapat ku wariskan untuk anak cucuku. Tiada apa yang dapat menjanjikan tempatku disisi tuhanku.. Kecuali amal dan imanku....


4. Kerana Agamanya

Maafkan aku jika diri ini dipenuhi dosa.. Maafkan aku jika cinta ini membuatkan aku terleka.. Maafkan segala khilafku.. Sungguh aku ini tidak sempurna.. Kerana itu tiap saat aku mengharapkan rahmatNya untuk cinta ini...
 
 
 
 
Bila kau mau cintaku… cintailah dulu Allah..
Bila kau mau rinduku..Rindulah dulu Allah dan Rasul-Nya
Bila kau mau sayangku..Sayangilah dulu agamamu lebih dari diriku..
Bila sayang diriku..jauhilah aku sebelum masanya..
Bila ikhlas dengan diriku…jauhkan aku dari zina..terutamanya zina hati..
Bila cintamu sejati untuk ku..cintailah aku karena Allah..
Bila pilihanmu aku..pilihlah karena agamaku..bukan yang lain..
Bila setiamu padaku..setialah karena untuk mendapat ridha Allah..
Bila kau mau peliharaku..peliharalah aku dari godaan cinta dunia dan nafsu..

Yakinlah..Bila Allah tentukan aku milikmu..Aku tetap milikmu..Yakinlah..Bila Allah tentukan aku bukan milikmu..Itu yang terbaik untukmu..Ketahuilah..
diriku juga mencintaimu..pinanglah diriku dengan cara yang baik dan pada waktunya....
 
 
......amin.......
 
 
 
 


Khamis, 11 Julai 2013

~~cinta ALLAH abadi~~

 
 
 

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul ‘alamiin.”
 





 

Rabu, 10 Julai 2013

(^___1 Ramadan 1434H___^)

 
 
Marhaban Ya Ramadan.....
Bulan penuh keberkatan.....
Bulan yang paling dirindui oleh seluruh umat islam...
 
 
hr ini permulaan buat kita semua berpuasa...
selamat brpuasa buat seluruh umat islam....
 
 
 
 


Khamis, 27 Jun 2013

=== Doa Mohon Cinta Allah ===

 
 
 
 

Doaku:
 
"Wahai ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepadaMU akan cintaMU dan cinta orang-orang yang mencintaiMU, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cintaMU.  Wahai ALLAH, jadikanlah cintaMU lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air yang sejuk."
 
 
....Amin....